> Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman > Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT > Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
> Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
> Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
> Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
> Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
> Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
> Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
> Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
> Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
> Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
> Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
> Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
> Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
> Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
> Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
> Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
> Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
> Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
> Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
> Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
> Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
> Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
> Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
> Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
> Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
> Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
> Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
> Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
> Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
> Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
:-0> begitu bnyak syarat mnjdi lelaki smpurna bgtulah juga dngn wanita....

|
No comments:
Post a Comment